YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES
:: cinta itu fitrah, tetapi jika ia disalurkan untuk perkara yang tidak suci ia akan membawa kepada FitnaH ::

Nov 6, 2012

Kehidupan.

   

Peringatan buat diri dari sahabat tersayang

ujian ini ada hikmahnya,
ujian ini ruang untuk berhenti seketika daripada melangkah,
merenung kembali diri yang lalu,
andai ujian itu kerana aku juga pernah berbuat,
maka Dia hanya mahu kita merasai bagaimana yang lain merasainya bilamana kita yang melukakan,
andai ujian ini bukan seperti yang kita lakukan,
optimislah,
Dia mahu meningkatkan lagi diri kita,
menjadi insan lebih penyabar,
mencontohi kekasih-Nya,
walau dihentak dengan batu, tetap tenang tanpa dendam..
Dia hanya mahu kita menjadi lebih matang,
bukan semua insan memahami kita,
bukan semua memberi seperti mana kita memberi,
bukan semua mahu menerima,
walau hati kita benar-benar ikhlas ingin memberi.
pilihlah yang terbaik buat iman mu ukhti,
pilihlah yang terbaik buat dunia & akhiratmu ukhti :)


cc: sahabatku fillah.^_^.Jazakillah khairan jaza.Moga Allah pelihara ukhuwah kita sehingga syurga amin.='')

No comments: